Tuesday, July 3, 2012

Plagiarisme



Hentikan plagiarisme. Tahukah anda apa itu plagiarisme? 
Plagiarisme adalah salah satu perbuatan yang melanggari hak dan etika sebagai pengguna teknologi internet dengan meniru dan menggunakan hasil kerja orang lain tanpa persetujuan daripada pemilik tersebut.. Banyak akibat buruk yang akan diperolehi jika anda melakukan plagiarism.


Antara akibat plagirisme adalah :


1. Mendapat markah rendah dalam penilaian kerja kursus



2. Kepercayaan pengajar kepada pelajar semakin tipis



3. Kurangnya penghasilan pemikir dan idea yang kreatif dan kritis


4. Reputasi institusi pengajian akan tercalar



5. Nilai segulung Ijazah yang tidak bermakna


Program 1CitiZEN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 21 dan 22 Jun yang lalu, saya dan kawan-kawan telah menghadiri program 1CitiZEN yang dikendalikan oleh pensyarah yang ditauliah khas oleh Prestariang, iaitu En Mohd Tarmizi B. Ab Rahman. Program ini telah dibangunkan oleh Prestariang System Sdn. Bhd.

Antara objektif program adalah :
1. Untuk melahirkan perasaan kenegaraan, kerjasama, tangunggjawab dan hak milik kepada masyarakat.
2. Untuk mengalakkan lebih ramai remaja menjadi sukarelawan dan aktivis.
3. Untuk menyampaikan mesej-mesej yang positif kepada remaja.

Alhamdulillah, saya dan kawan-kawan telah lulus peperiksaan IC Citizen. Terima kasih kepada En Tarmizi yang bertungkus lumus mengajar, memberi idea, memberi pendedahan tentang teknologi digital dan berkongsi pengalaman kepada saya dan kawan-kawan.

Tujuan

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya menyiapkan blog khas untuk 1 CitiZEN. Tujuan penghasilan blog ini bagi mendedahkan serba sedikit informasi yang berguna kepada semua masyarakat khususnya di Malaysia mengenai etika dan peraturan penggunaan teknologi digital. Selain itu, blog ini juga dihasilkan bagi memberi mesej-mesej positif kepada remaja, dan meningkatkan semangat cintakan negara, meningkatkan rasa tanggungjawab kepada masyarakat dan berkongsi pengalaman-pengalaman dalam pengendalian teknologi digital.